Click-Click

Sunday 3 May 2015

NAK KURUS !


Mungkin ramai yang dah cuba dan ada yang baru 'search' nak cuba buat Air Detox atau Infused Water sendiri dekat rumah. Lebih-lebih lagi sekarang selepas musim cuti dan cuti sekolah bawa anak-anak berjalan dan bercuti kita lagi kena rajin berdetox secara semulajadi ni. Sebabnya? Makin banyak kita berjalan makin banyak lah kita makan makanan luar kan. Dah makan tu tak semua makan makanan yang sihat kononn tak pe lah setahun sekali kan. Hehe tapi bila dah banyak toksin dalam badan tu bila nya nak singkirkan? Setahun sekali jugak ke? Oleh sebab itu kita perlu lagi rajin 'detox' diri kita untuk buang segala toksin yang lama tersimpan dalam tubuh badan kita.

MAKSUD DETOKS?

Detoks atau detoksifikasi adalah proses dimana pembuangan atau penyingkiran racun atau toksin dari dalam badan manusia.

APA ITU INFUSED WATER ? 


Air Detox atau Infused Water adalah diperbuat daripada campuran air mineral berserta buah-buahan yang terpilih. Ia dipanggil Infused Water. Kebiasaannya untuk menghasilkan Infused Water kita hendaklah membiarkan buah-buahan yang dicampurkan bersama air mineral itu tadi dalam tempoh masa 5-6 jam sebelum dinikmati. Air detox atau Infused Water ini membantu  kita mempercepatkan dan memudahkan proses pembuangan atau penyingkiran toksin dalam badan kita.

Caranya senang je potong buah-buahan campurkan bersama air mineral dalam bekas atau botol air dan tinggalkan selama 5-6 jam. Esok bangun pagi boleh minum dah. Senangkan?  Rasanya yang agak masam mungkin membuatkan kita kurang selesa nak minum tapi bila dah biasa, minum Infused Water macam minum air mineral dah. Biasanya saya akan buat Infused Water 3 kali seminggu dan saya tak akan simpan Infused Water tu lama-lama.  Buat untuk sekali minum dan untuk hari seterusnya buat lagi. Seronok sebab Infused Water ni memudahkan bahan toksin dalam badan kita disingir keluar. Badan pun sihat dan lebih bertenaga.

KELEBIHAN AIR DETOX @ INFUSED WATER

  • Membantu membersihkan dan menyingkirkan toksin dalam badan 
  • Membantu mengempiskan perut. Infused Water merupakan minuman detoksifikasi yang bagus untuk membantu perut dalam proses pencernaan yang baik. So banyak kan minum air kosong atau infused water ye kalau nak perut selim macam Abang Ali ;)
  • Mencantikkan kulit, kulit lebih lembap tidak berminyak dan kelihatan awet muda. Bila kita minum air yang secukupnya sel sel kulit kita pun sihat tu yang kulit lembap macam kulit baby tu kan. Nak kulit cantik jom rerajin minum infused water 
  • Lebih bertenaga. Infused Water ni bukan air magik taw minum minum terus ada tenaga lari sepantas kilas tak. Hehe  Infused Water membantu membekalkan keperluan air dan membersihkan segala kotoran (toksin) dalam badan kita. Bila badan bersih kita pun jadi lebih cergas dan ringan untuk buat aktiviti apa saja kan? Sebab tu minum 8 gelas air kosong penting dalam harian kita. Kalau rasa air kosong tu tak sedap hah Infused Water lah jawapannya. Bagi tekak berbuah-buah rasa kenikmatan Infused Water ni yea. 

RESIPI AIR DETOX @ INFUSED WATER 

Pembakaran Lemak, Pencernaan & Sakit Kepala


RESIPI :
  • TEH HUJAU
  • DAUN PUDINA
  • LIMAU
Teh hijau sangat lazim dalam kalangan masyarakat cina. Kerana ia adalah herba yang baik dalam membantu menurunkan berat badan. Untuk membuat Infused Water teh hijau boleh dicampurkan dengan daun pudina yang terkenal dengan sifat kesegarannya dan limau nipis. Campurkan kesemuanya dan peram selama 5-6 jam sebelum diminum. Insyaa Allah ia dapat membantu membakar lemak dalam badan kita, melancarkan sistem pencernaan sekaligus membantu sesiapa yang sering mengalami sakit kepala. 

Penghadaman yang Baik & Sokongan Gula dalam Darah 




RESIPI : 

  • TIMUN 
  • STRAWBERI
  • BUAH KIWI
Gabungan Timun, Strawberi dan Buah Kiwi sangat membantu dalam penyokongan gula dalam darah. Seperti yang kita tahu tubuh kita memerlukan glukosa bagi menghasilkan tenaga yang maksimum. Kekurangan glukosa juga adalah salah satu punca kita lesu dan lemah dalam melakukan sebarang aktiviti. Infused Water yang telah diperam ini mampu membantu menyokong keperluan gula dalam darah kita sekaligus membantu melancarkan sistem penghadaman. Rasanya pun sedap ;) Tak rugi mencuba kan. 

Membantu Mengawal Selera Makan & Penghidratan Sistem Pencernaan




RESIPI :
  • TIMUN
  • LEMON 
  • LIMAU NIPIS
Gabungan ketiga-tiga campuran tersebut iaitu Timun, Lemon dan Limau Nipis sangat membantu dalam melancarkan sistem pencernaan kita sekaligus ia membantu kita mengawal selera makan. Ia sesuai diamalkan pada sesiapa yang dalam rancangan nak diet atau tengah diet tu kan. Kira bonus lah ni, minum Infused Water dapat lancarkan sistem pencernaan dan kawal selera makan kita. Bila selera makan dah terkawal senang lah nak capai target Nomal BMI kan. Hehe Kekakak yang diet tu boleh lah cuba resipi yang ni. Kot lah betul-betul terslim mahu cik abang tak tambah sayang kan ;)


Membantu Mengempiskan Perut 


RESIPI :

  • TIMUN
  • DAUN PUDINA
  • LEMON
  • HALIA
Yang ni mesti ramai yang suka kan? Hehe abang-abang kekak yang perut comel ala ala ibu peknen tu. Penat dah cuba pelbagai produk nak kempiskan perut tu tapi still memboyot jugak? meh kita cuba yang ni pulak. Natural kita pun tak risau dengan kandungan dia sebab memang healthy. Boleh buat sendiri kan. Timun, Halia, Daun Pudina dan Lemon sangat bagus untuk membantu kita dapatkan perut yang menawan. Ala ala macam abang ali tu. Huhuuu Macam biasa campur dengan air bahan-bahan tu so jadilah Infused Water. Nak lagi flat perut tu selitkan dengan senaman urmmm memang best hasilnya ;) So jom cuba sekarang. Jom kurus dan dapatkan perut flat macam abang sado.


INFO PENTING !!! ANDA PERLU TAHU...

Sedikit info penting yang saya nak share dengan semua. Anda perlu tahu, Tubuh Badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk membantu melancarkan proses sistem dalam tubuh badan kita. Sebabnya dalam air atau nama saintifiknya H2O mengandungi oksigen yang akan dibekalkan keseluruh tubuh badan kita. Oksigen sangat penting untuk setiap organ dan sistem dalam tubuh badan manusia. Ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah. Oleh itu, minum air yang cukup sangat dititik beratkan bagi menjamin kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang. 

Dengan Infused Water bukan bermaksud kita tak perlu minum air kosong. Ia adalah salah satu cara untuk membantu kita yang dalam golongan 'tak suka minum air kosong' 'tak masuk nak minum air kosong mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Sekaligus, Infused Water membantu membekalkan nutrisi semulajadi yang ada pada setiap buah-buahan tersebut dan menyahdetoks kan segalan racun dalam badan. 



25 KILOGRAM = 1 LITER AIR KOSONG




KEUTAMAAN MEMINUM AIR KOSONG


Dicadangkan, untuk mendapat kesihatan yang baik kita disarankan mengambil air kosong atau air suam sebanyak 8 gelas sehari. Ataupun 1 liter untuk berat anggaran 25 Kilogram. Itu yang berat dia 25kg kalau yang 50kg tu mesti wajib ambil 2 liter air atau lebih yea. Nak lagi mudah tak ada penyukat dkt rumah boleh sukat ml air dengan bekas air botol yang besar (1.5ml). Lagi senang kan?  Dari pada kita duk minum air manis yang tinggi paras gula tu lebih baik kita tapis dari sekarang kalau tak nanti ada yang dapat kencing manis pulak kan. Mencegah itu lebih baik dari merawat . Jadi tak salah kalau kita minum Infused Water kan selain dapat detox kita juga dapat bekalkan air untuk tubuh badan kita. Pelbagai resepi Infused Water yang boleh kita cuba setiap hari tujuan untuk menyahdetoks kotoran dalam tubuh badan kita. 

No comments :

Post a Comment

Rezeki !!