Click-Click

Wednesday, 6 May 2015

AIR ASIA FREE SEAT !!

HELLOOOOOOO..

Hari ni emosi tak stabil,
kena pulak customer yang nak cari masalah,
dan aku pulak yang bermasalah nak gantikan FLIGHT TICKET customer,
Hebat dugaan kahwin nie kan..

**Nanges japp :'(

oke, since aku nie kerja dekat travel agencies addicted aku terhadap ticket sangat lahhh mengila. Asal ticket murah jee mesti nak beli, peginyer tak tahu laa bile.

yang mane nak book sendiri,
meyh aku ajar korang semua.

1.  

korang click laa link yang aku bagi tu.. pelan2 korang ikot step ye..

- ORIGIN (dari mana nak ambil flight)
- DESTINATION (destinasi yan nak tuju)
- if nak ambil flight pergi balik boleh pilih RETURN, if nak ambil flight 1 way boleh pilih ONE WAY
- then pilih lah date korang tuh.
- lepastu click SEARCH

2. 

- lepas tekan SEARCH maka muncul lahh rajah seperti di atas, pilih lahh waktu sesuai untuk penerbangan korang then tgok harga ngam tak dengan budget korang.
- then click CONTINUE
**Jangan tertipu sengan harga LIMITED tu sebab kemungkinan besar cuma 1 SEAT yang tinggal, so 1st booking 1st fly.. gitewwww..

3. 

- yang mana ade ID tu boleh lah masuk ID LOGIN korang, mane tak ade boleh buat, kalau tak de pon xpe.. boleh jee book ticket nie.. no problem !!

4. 

- isi lahh ape yang dea mintak,
- segala yang korang nak tambah ade cas ye.. such as BAGGAGE, MEAL, INSURANCE, SEAT, semua ni kena buat tambahan taw, jangan ingat FREE the dok click semua, hujung-hujung nak bayar MATE BERDARAH, hahahaaa..
- then boleh tekan SKIP TO CONTINUE

5. 

- see aku dah cakap kena bayar kan? hahahaa.. kalau tak nak tambah tak pe.. korang boleh terus CHECKOUT je senang.

6. 

- dan yang terakhir !!!!
- sekiranya nak buat pembayaran  korang boleh buat 2 cara yang MUDAH !!

1. CREDIT / DEBIT CARD
2. INTERNET BANK IN (DIRECT DEBIT)
- tapi biase nye aku guna internet bank in jee, sebab cas dea tak mahal tapi still ada GST oke !!

oke done for today.
GOOD LUCK


#9Days&Counting 

Tuesday, 5 May 2015

TAKSUB IKEA BRANDS

Nah sape yang suke sangat shopin tuhh.. 
redah IKEA g.. 
sambil-sambil tu boleh rase #MeatBall IKEA yang sedap sampai nak pengsan tuh..
hihihi..


   
The key to a happy home is a happy private life.
When you unlock the doors to your most private
areas, happiness can enter. Click to experience
new possibilities for your bedroom and bathroom. 



  

dapur atas ni, ikea kata, in coming :)

yup. kali ni dapat daripada ikea. ikea, suami kata, shopin dekat sana, murah giler. tak tahu la murah tu macam mana. sebab meera tak pernah lagi sopin dekat sana. tapi masa abah dengan mama mentua pindah rumah hari tu, memang depa sopin barang perabot, katil semua dekat ikea. macam best je kan :) thanks again nuffnang, thanks ikea!

GIVE AWAY NOURAIN GORGUES

Dah-dah jangan banyak usha terus click dekat banner oke !!!

http://ainarahimar.blogspot.com/2015/03/gorgues-give-away-assalammualaikum-hari.html


tahu tak korang, dengan mengikuti sebarang segmen giveaway macam begini juga akan membuatkan blog kita berada dikedudukan yang baik dimata google dan juga encik nuffnang yang baik hati. oleh itu, PG memang sarankan untuk korang yang inginkan trafik masuk dalam blog korang. do please, joinlah segmen yang dianjurkan oleh mana-mana blogger yang ensom dan somel. serius tak tipu :)

baca tips nuffnang kalau berani :D

TIKET AIR ASIA MURAH !!

2

MURAH WEYHHHHH..
CONVERT MYR BARU MYR40++ JEE.. 

Monday, 4 May 2015

ALHAMDULILLAH. SYUKUR !!


See.. alhamdulillah aku berjaya !!!
I'M GLITTERATI NUFFNANG NOW


Apa sebenarnya Glitterati Nuffnang ni?

Glitterati Nuffnang ni ialah ahli Eksklusif Nuffnang.
"Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.

Macam mana nak dapat status Glitterati Nuffnang ni?

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Apakah kelebihan untuk yang berstatus glitterati?

1. Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik.

untuk yang mempunyai status glitterati (exclusive) kadar untuk kos per klik adalah 0.25manakala untuk yang ordinary (non exclusive) hanya 0.15 per klik. ada beza sangat kat situ.Ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2. Terma Pembayaran

bila kita cash out duit kepada yang berstatus glitterati hanya mengambil masa 30 hari untuk mendapat cek daripada nuffnang yang ordinary mengambil masa 60 hari.

3. Peluang Advertorial

Sebelum ini, peluang kempen advertorial adalah terbuka kepada semua ahli Nuffnanger. Namun disebabkan permintaan yang tinggi dan demi untuk memendekkan senarai blogger yang layak, kini hanya ahli Nuffnang Glitterati yang boleh menyertai kempen advertorial.

4. Aktiviti Komuniti

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Dalam aktiviti sebegini, kami mendapati ramai ahli Nuffnanger yang ingin membawa tetamu bersama mereka dan kami juga turut cuba menuruti hasrat mereka dengan sebaik mungkin.

Kami memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kami kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka.*mendapat layanan yang istimewa*

5. Peraduan

memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6. Innit







apa plak innit ni? Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya di khaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing kami secara tidak langsung.

sumber : Nuffnang

MOCK UP CHEQUE MAYBANK


Baek kan hati iollss..
Sila - Sila download yaaaaa... 


XOXO

Nak cantik tak?? meyh usha sini -----> treat your skin http://my.shareddis.com/p/a3Rx2

Sunday, 3 May 2015

NAK KURUS !


Mungkin ramai yang dah cuba dan ada yang baru 'search' nak cuba buat Air Detox atau Infused Water sendiri dekat rumah. Lebih-lebih lagi sekarang selepas musim cuti dan cuti sekolah bawa anak-anak berjalan dan bercuti kita lagi kena rajin berdetox secara semulajadi ni. Sebabnya? Makin banyak kita berjalan makin banyak lah kita makan makanan luar kan. Dah makan tu tak semua makan makanan yang sihat kononn tak pe lah setahun sekali kan. Hehe tapi bila dah banyak toksin dalam badan tu bila nya nak singkirkan? Setahun sekali jugak ke? Oleh sebab itu kita perlu lagi rajin 'detox' diri kita untuk buang segala toksin yang lama tersimpan dalam tubuh badan kita.

MAKSUD DETOKS?

Detoks atau detoksifikasi adalah proses dimana pembuangan atau penyingkiran racun atau toksin dari dalam badan manusia.

APA ITU INFUSED WATER ? 


Air Detox atau Infused Water adalah diperbuat daripada campuran air mineral berserta buah-buahan yang terpilih. Ia dipanggil Infused Water. Kebiasaannya untuk menghasilkan Infused Water kita hendaklah membiarkan buah-buahan yang dicampurkan bersama air mineral itu tadi dalam tempoh masa 5-6 jam sebelum dinikmati. Air detox atau Infused Water ini membantu  kita mempercepatkan dan memudahkan proses pembuangan atau penyingkiran toksin dalam badan kita.

Caranya senang je potong buah-buahan campurkan bersama air mineral dalam bekas atau botol air dan tinggalkan selama 5-6 jam. Esok bangun pagi boleh minum dah. Senangkan?  Rasanya yang agak masam mungkin membuatkan kita kurang selesa nak minum tapi bila dah biasa, minum Infused Water macam minum air mineral dah. Biasanya saya akan buat Infused Water 3 kali seminggu dan saya tak akan simpan Infused Water tu lama-lama.  Buat untuk sekali minum dan untuk hari seterusnya buat lagi. Seronok sebab Infused Water ni memudahkan bahan toksin dalam badan kita disingir keluar. Badan pun sihat dan lebih bertenaga.

KELEBIHAN AIR DETOX @ INFUSED WATER

  • Membantu membersihkan dan menyingkirkan toksin dalam badan 
  • Membantu mengempiskan perut. Infused Water merupakan minuman detoksifikasi yang bagus untuk membantu perut dalam proses pencernaan yang baik. So banyak kan minum air kosong atau infused water ye kalau nak perut selim macam Abang Ali ;)
  • Mencantikkan kulit, kulit lebih lembap tidak berminyak dan kelihatan awet muda. Bila kita minum air yang secukupnya sel sel kulit kita pun sihat tu yang kulit lembap macam kulit baby tu kan. Nak kulit cantik jom rerajin minum infused water 
  • Lebih bertenaga. Infused Water ni bukan air magik taw minum minum terus ada tenaga lari sepantas kilas tak. Hehe  Infused Water membantu membekalkan keperluan air dan membersihkan segala kotoran (toksin) dalam badan kita. Bila badan bersih kita pun jadi lebih cergas dan ringan untuk buat aktiviti apa saja kan? Sebab tu minum 8 gelas air kosong penting dalam harian kita. Kalau rasa air kosong tu tak sedap hah Infused Water lah jawapannya. Bagi tekak berbuah-buah rasa kenikmatan Infused Water ni yea. 

RESIPI AIR DETOX @ INFUSED WATER 

Pembakaran Lemak, Pencernaan & Sakit Kepala


RESIPI :
  • TEH HUJAU
  • DAUN PUDINA
  • LIMAU
Teh hijau sangat lazim dalam kalangan masyarakat cina. Kerana ia adalah herba yang baik dalam membantu menurunkan berat badan. Untuk membuat Infused Water teh hijau boleh dicampurkan dengan daun pudina yang terkenal dengan sifat kesegarannya dan limau nipis. Campurkan kesemuanya dan peram selama 5-6 jam sebelum diminum. Insyaa Allah ia dapat membantu membakar lemak dalam badan kita, melancarkan sistem pencernaan sekaligus membantu sesiapa yang sering mengalami sakit kepala. 

Penghadaman yang Baik & Sokongan Gula dalam Darah 




RESIPI : 

  • TIMUN 
  • STRAWBERI
  • BUAH KIWI
Gabungan Timun, Strawberi dan Buah Kiwi sangat membantu dalam penyokongan gula dalam darah. Seperti yang kita tahu tubuh kita memerlukan glukosa bagi menghasilkan tenaga yang maksimum. Kekurangan glukosa juga adalah salah satu punca kita lesu dan lemah dalam melakukan sebarang aktiviti. Infused Water yang telah diperam ini mampu membantu menyokong keperluan gula dalam darah kita sekaligus membantu melancarkan sistem penghadaman. Rasanya pun sedap ;) Tak rugi mencuba kan. 

Membantu Mengawal Selera Makan & Penghidratan Sistem Pencernaan




RESIPI :
  • TIMUN
  • LEMON 
  • LIMAU NIPIS
Gabungan ketiga-tiga campuran tersebut iaitu Timun, Lemon dan Limau Nipis sangat membantu dalam melancarkan sistem pencernaan kita sekaligus ia membantu kita mengawal selera makan. Ia sesuai diamalkan pada sesiapa yang dalam rancangan nak diet atau tengah diet tu kan. Kira bonus lah ni, minum Infused Water dapat lancarkan sistem pencernaan dan kawal selera makan kita. Bila selera makan dah terkawal senang lah nak capai target Nomal BMI kan. Hehe Kekakak yang diet tu boleh lah cuba resipi yang ni. Kot lah betul-betul terslim mahu cik abang tak tambah sayang kan ;)


Membantu Mengempiskan Perut 


RESIPI :

  • TIMUN
  • DAUN PUDINA
  • LEMON
  • HALIA
Yang ni mesti ramai yang suka kan? Hehe abang-abang kekak yang perut comel ala ala ibu peknen tu. Penat dah cuba pelbagai produk nak kempiskan perut tu tapi still memboyot jugak? meh kita cuba yang ni pulak. Natural kita pun tak risau dengan kandungan dia sebab memang healthy. Boleh buat sendiri kan. Timun, Halia, Daun Pudina dan Lemon sangat bagus untuk membantu kita dapatkan perut yang menawan. Ala ala macam abang ali tu. Huhuuu Macam biasa campur dengan air bahan-bahan tu so jadilah Infused Water. Nak lagi flat perut tu selitkan dengan senaman urmmm memang best hasilnya ;) So jom cuba sekarang. Jom kurus dan dapatkan perut flat macam abang sado.


INFO PENTING !!! ANDA PERLU TAHU...

Sedikit info penting yang saya nak share dengan semua. Anda perlu tahu, Tubuh Badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk membantu melancarkan proses sistem dalam tubuh badan kita. Sebabnya dalam air atau nama saintifiknya H2O mengandungi oksigen yang akan dibekalkan keseluruh tubuh badan kita. Oksigen sangat penting untuk setiap organ dan sistem dalam tubuh badan manusia. Ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah. Oleh itu, minum air yang cukup sangat dititik beratkan bagi menjamin kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang. 

Dengan Infused Water bukan bermaksud kita tak perlu minum air kosong. Ia adalah salah satu cara untuk membantu kita yang dalam golongan 'tak suka minum air kosong' 'tak masuk nak minum air kosong mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Sekaligus, Infused Water membantu membekalkan nutrisi semulajadi yang ada pada setiap buah-buahan tersebut dan menyahdetoks kan segalan racun dalam badan. 



25 KILOGRAM = 1 LITER AIR KOSONG




KEUTAMAAN MEMINUM AIR KOSONG


Dicadangkan, untuk mendapat kesihatan yang baik kita disarankan mengambil air kosong atau air suam sebanyak 8 gelas sehari. Ataupun 1 liter untuk berat anggaran 25 Kilogram. Itu yang berat dia 25kg kalau yang 50kg tu mesti wajib ambil 2 liter air atau lebih yea. Nak lagi mudah tak ada penyukat dkt rumah boleh sukat ml air dengan bekas air botol yang besar (1.5ml). Lagi senang kan?  Dari pada kita duk minum air manis yang tinggi paras gula tu lebih baik kita tapis dari sekarang kalau tak nanti ada yang dapat kencing manis pulak kan. Mencegah itu lebih baik dari merawat . Jadi tak salah kalau kita minum Infused Water kan selain dapat detox kita juga dapat bekalkan air untuk tubuh badan kita. Pelbagai resepi Infused Water yang boleh kita cuba setiap hari tujuan untuk menyahdetoks kotoran dalam tubuh badan kita. 

Rezeki !!